GATHERING

bismillah . assalamualaikum . :)

alhamdulillah bersyukur sangat sangat kepada Allah kerana dapat mempertemukan kami setelah 5 bulan tak bertemu . alhamdulillah cikgu wani belanja kami kfc. terima kasih cikgu . :')

haih . aku tak tau la kenapa tadi first time aku rasa sangat2 terharu dan sebak bila jumpa diorang . aku sayang sangat kat diorang . :'D

merekalah abang 
merekalah kakak
merekalah adik
merekalah ibu
merekalah ayah
merekalah datuk
merekalah opah 

ya Allah , aku sangat2 bersyukur kerana kau menghantarkan sahabat-sahabatku dari 4/5 syafii ni . akhirnya aku sangat mengerti erti persahabatan .

ya , mungkin :-

kami bergroup
kami berpuak
kami tak sehaluan
kami tak bersefahaman
kami masing-masing keras kepala 

tapi kami :-

TETAP BERSATU
TETAP BERSAMA
TETAP MENJAGA

haih . sayangnya nak lepaskan korang semua . korang ibarat macam keluarga no.2 aku . sejak tadika sampai sekarang baru aku dapat rasa aura persahabatan tu . ah , walaupun lama untuk aku sedar semua tu . takpela . 

tapi tadi dah tak macam masa sekolah dah . semua malu2 nak tegur , baik perempuan mahupun lelaki . geng nguping aku pun aku tak tegur . mereka lagilah . hmm . sedih . :'( 

semua dah berubah . berubah lebih baik . semua cantik-cantik , semua tampan-tampan . ishak rambut makin panjang . haha~ ijan datang pakai kacamatahitam, geng2 niena makin vouge! geng aku comel2 belaka . haha! ;p



sambung belajar .

bismillah , assalamualaikum dan selamat petang . :)

wah2 , sekarang pelajar lepasan spm 2012 tengah 'HOT'  dengan result upu diaorang termasuk aku . alhamdulillah dapat tawaran diploma sains dan matematik di UiTM . tapi mungkin tawaran tu ditolak, sebab nak sambung kat matrik je . 

mak aku cakap better sambung kt matrik . sebab macam lebih singkat pembelajaran tu .tapi kena ingat , WAJIB struggle . *yg tang WAJIB tu aku yg tulis. wakakaka . 

then mak aku jugak dah pesan dah . kalau dah sambung belajar tu jangan fikir benda lain dah . fikir 'BELAJAR-BELAJAR-BELAJAR' how sweet mak aku . -.-v okey boss . saya menurut perintah . hehewww

okey nasha sekarang kita buat perjanjian okey .

  1. dah masuk matrik kena belajar betul2 . jangan kau ingat macam kau ni masih form 5. nak mainnnnn aje . -.-
  2. kau jangan fikir benda lain kecuali Allah dan ibu bapa kau. 
  3. ingat ibubapa kau yang tengah berpanas terik menjaja makanan di tepi jalan tu.
  4. jangan terlampau boros
  5. jangan asyik bercinta je. -.-" 
  6. jangan nak menggatal . (curi2 tengok boleh,haha LOL)
  7. jangan cari pasal dengan kawan2 kau , sama ada yang baru kenal or yang lama.
  8. ingat matlamat kau .
okey. nampaknya kau dah faham . aku dah ngantok dah ni . babaiiii~


OREO CREPE

assalamualaikum . :) selamat pagi bloggers , readers and others .

ha , dah penat ke belum bertengkar pasal PRU 2013? yang menang tetap menang, yang kalah tetap kalah . apa kata sementara kita berperang politik ni -.- , kita belajar buat OREO CREPE baru dapat faedah . KENYANG .heheww . 

BAHAN-BAHAN
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung kastard
10 gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
pewarna kuning
biskut oreo

FILLING
150 whipping cream
1 sudu besar gula halus

Cara:1.Satukan kesemua bahan dalam bekas, kacau menggunakan hand whisk hingga sebati.2.Tapiskan.3.Panaskan pan non-stick dan sapukan sedikit mentega setiap kali mahu menebar adunan dalam kuali.4.Biarkan masak dan tidak perlu diterbalikkan.Angkat crepe.5.Bentangkan crepe, picitkan whipping cream, letakkan sebiji biskut oreo, tutup lagi dengan whipping cream dan lipat.

c/p http://rohaisha.blogspot.com/2012/12/crepe-oreo.html


CONTOH SOALAN TEMU DUGA

biasanya orang yang akan ditemu duga tak akan memikirkan sangat 'DITERIMA/TIDAK' . biasanya mereka lebih memikirkan tentang 'SOALAN YANG AKAN DIAJUKAN OLEH PENEMU DUGA' termasuklah aku . di sini aku sertakan beberapa contoh soalan yang telah ku COPY PASTE dari TIPS TEMUDUGA

  1. Cerita sedikit tentang diri anda.
  2. Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
  3. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  4. Apakah  perkara yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  9. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  10. Mengapakah patut kami memilih anda?
  11. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  12. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  13. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  14. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  15. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  16. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  17. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  18. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  19. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  20. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  21. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  22. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  23. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

jangan terlalu overconfident.

Adab dan tingkah laku ketika TEMU DUGA

assalamualaikum dan selamat petang . sejak dua menjak ni para calon lepasan SPM 2012 tengah sibuk mengisi borang permohonan ke IPTA yang mereka nakkan. dan ada antara mereka yang dah dapat. so kenalah interview kan . cakap pasal interview ni,aku sangat-sangatlah FOBIA.  takut,gementar . aku ada mohon ke IPG atau MAKTAB PERGURUAN aku nak sangat masuk situ. tapi ada kalanya aku terfikir tentang interviewnya . phewwww~ :3

 ada dua faktor kenapa aku sangatlah takut dengan interview ni

1) Takut jika disoal dalam BAHASA INGGERIS
2) Takut jika disoal tentang FAKTA . 

aku sedar tentang kelemahan aku ni. tapi aku YAKIN! jika aku minta pada ALLAH S.W.T. untuk permudahkan,insya-Allah,Allah akan memudahkan . :')

di sini aku nak SHARE  ADAB SEMASA INTERVIEW. credit untuk BLOG INI

1. Bila tiba giliran anda untuk ditemuduga, pastikan ketuk pintu terlebih dahulu.

2. Setelah mendapat keizinan, barulah anda masuk ke dalam ruangan temuduga.

3. Beri salam atau ucapan selamat kepada semua panel yang berada di situ.

4. Pastikan anda bersemangat dan usah lokek untuk melemparkan senyuman.

5. Hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan dengan panel yang ada. Pastikan anda berjabat tangan dengan erat.




6. Anda hanya perlu duduk jika disuruh atau dipersilakan duduk oleh panel. Duduk tegak dengan kedudukan tangan mesti berada di bawah siku. Letakkan tangan pada peha.

7. Tunjukkan bahawa anda seorang yang peka dengan mencondongkan badan ke hadapan sedikit.


Dengan mempamerkan adab sopan, sebenarnya ia menunjukkan anda seorang yang menghormati orang lain. Bila anda menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati anda.

SEBELUM DAPAT KERJA vs SELEPAS DAPAT KERJA

assalamualaikum dan selamat pagi . :) hari ni tetiba nak post something yang sebelum-sebelum ni aku tak pernah nak post . -.-

SEBELUM DAPAT KERJA vs SELEPAS DAPAT KERJA

orang zaman sekarang ni,sebelum dapat kerja terSANGATLAH berdisiplin . tapi,  bila kerja yang diidamkan tu dah dalam genggaman, ramai pulak yang buat hal . ish3 . post kali ni aku dapat ilham daripada HOT FM AM CREW . radio paling awesome! :D serius ni . ;)

1)SEBELUM DAPAT KERJA

"Encik,buat apa pagi-pagi datang kat sini? . ofis pun belum buka lagi'
"Eh? belum buka lagi ke?"
"Encik tengoklah jam baru pukul berapa. 6.30 PAGI"

-datang sebelum waktunya. a.k.a terSANGATLAH AWAL-

SELEPAS DAPAT KERJA

"Encik buat apa di sini?"
"Eh? tanya lagi. nak kerjalah"
"Encik ada jam? sekarang dah pukul 6.30 PETANG. ofis pun dah tutup"

-datang LAMBAT a.k.a TAK DATANG KERJA LANGSUNG!-

2)SEBELUM DAPAT KERJA

"Tuan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi dan rajin"
"Betul ni?"
"Betul tuan. Percayalah,saya akan buat kerja 'on-time' , saya tak akan ponteng kerja atau curi tulang"
"Bagus-bagus. saya suka pekerja seperti awak"

-kata2 mu manis bagai gula melaka!- U_U

SELEPAS DAPAT KERJA

"Semann! mana kerja yang saya suruh awak buat tu?. SEMANNN! BANGUNLAHHH!!!
"Eh bos, sorilah bos, tertidur pulak.Bos nak apa?"
"Kau tanya aku nak apa? Kerja yang aku suruh kau siapkan tu mana?"
"Alamak bos! saya belum sempat nak buat lagi." *kelam kabut*

-kata2 mu hanya mimpi,di siang hariiii , janji tidak ditepati. hampeh-

3) SEBELUM DAPAT KERJA

"Kalau saya dapat kerja ni Tuan, setiap pagi saya akan buatkan Tuan secawan kopi"
"Tapi saya tak minum kopi"
"oh yeke? kalau macam tu, Tuan cakap je Tuan nak minum apa. Gerenti saya akan buatkan istimewa buat Tuan"
"Bagus2. memandangkan PA saya bercuti bersalin,saya nak awak jadi PA saya. Awak diterima"

-saja nak RASUAH bos-

SELEPAS DAPAT KERJA

"Minah, hari ni saya nak minum kopi"
"Eh,bukan bos tak suka minum kopi ke?"
"Saya sukalah!terlebih suka."
"Dulu bos kata tak suka. Sekali bos kata tak suka,maka selamanya saya takkan buatkan kopi untuk bos.bos buatlah sendiri!"

-kurang ajo . dulu kata "Tuan cakap je Tuan nak minum apa. Gerenti saya akan buatkan istimewa buat Tuan" sekarang ???? ciss-

4) SEBELUM DAPAT KERJA

-pakaian sopan gila! bertudung,berbaju kurung
-soft spoken
-lemah gemalai 
-senyum memanjang

SELEPAS DAPAT KERJA

-pakaian macam LADY GAGA, tudung ;TERBANG sana sini,baju tak cukup kain. :O
-hard spoken . eh? =.="
-ganas gila! *TAIKO DOE!*
-nak senyum sedekah pun berat macam ada batu bata je kat bibir tu.

*ni bukan semua orang yg terlibat. daripada 100% mungkin hanya 0.000001% yang buat . RAKYAT MALAYSIA kan berdisiplin. JANJI DITEPATI #KATANYA!



HUKUM MENGAMBIL GAMBAR .

assalamualaikum dan selamat pagi . :)

akhir-akhir ni ramai golongan REMAJA khususnya gemar menceburkan diri dalam bidang fotografi selepas berlakunya fenomena DSLR . ada juga antara mereka yang menjadikan kemahiran berfotografi sebagai pekerjaan. tapi sedarkah? dalam kita mencari rezeki,ada kalanya kita terlupa tentang HALAL HARAM sesuatu pekerjaan itu . 

tadi aku ada godek2 'BAPAK GOOGLE' nak cari 'CARA MENGAMBIL GAMBAR PENGANTIN' then tetiba jumpa ini . mari baca. credit to blog PENPATAH . ^^.

ini soal-jawab tentang hukum mengambil gambar tu:


1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografiharus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jikagambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.


2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).


3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.


4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).
Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).
Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”
Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

HAIRUL AZREEN IDRIS a.k.a. CAPTAIN HAIRUL omeyy!

assalamualaikum. :)

hari ni buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku buat post dalam blog tentang ARTIS. astagfirullah . :/ rasa bersalah pun ada nak tulis . bukan apa . aku cuma takut aje . ni hanyalah untuk suka-suka . aku tak nak lah orang cakap

"budak zaman sekarang ikonnya bukan Nabi Muhammad s.a.w tapi artis yang diagung-agungkan" 

tak-tak . Nabi Muhammad tetap ikon aku yang pertama dan terakhir . tiada pengganti . :') Allahumasollia'lasaidinaMuhammad . :) 

ni aku hanya berkongsi sahaja . artis ni ahh! kalau cakap artis macam erghhh!! pulak kan . aku gelar abanglah . eh? -.-" alah pape jela . abang ni semua orang dah kenal sangat . dia ada berlakon dalam cerita SETIA HUJUNG NYAWA sebagai Ikram . ok , perempuan-perempuan jangan menggedik . -.-

ok dah kenal? Hairul Azreen . a.k.a CAPTAIN HAIRUL. #KATANYA! 

-CAPTAIN HAIRUL AZREEN IDRIS-
OMEY dop? haha! ku akui . -comel-muka jambu-aww sweett!

aku akui jugak,aku baru minat dia sekarang . kehkehkeh . masa aku tengok HANTU KAPCAI dulu aku tak perasan pulak dia ada berlakon . jadi adik kepada Zizan . patutlah hensem+comel . hihi . 

dia semakin famous apabila jadi JUARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA YANG PERTAMA .RM 200,000 seyh! tahniah bang! :) dia ada cakap dia nak bawa parents dia pergi umrah . Alhamdulillah . :) 

dia juga 'artis' yang sangat FRIENDLY! dia retweet semua tweet peminat dia . termasuk tweet aku . :'D thanks bro . ;)




oklah sampai sini je . last from me abang Hairul
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
-TABIK HORMAT macam CAPTAIN HAIRUL! ^^, -


DOODLE KE DODOL EK? hehe

assalamualaikum dan selamat petang. haii haii! . selesai melukis doodle . aku tak pasti sama ada ni doodle ke dodol kelapa . hak hak . -.- tak lawok punss . mungkin tak cantik . eh , standard la dengan newbie a.k.a noob (KATANYA!)


jum scroollllll sattttt . ;)

-ni aku baru je buat tadi . ha , ok lah daripada tak de . -.-"



-yang ni dah lame jugak aku buat . masa mula-mula dulu . tak lawa ye dah . T__T -


ade lagi tapi tak kaler lagi . nanti dah siap kaler aku upload ler. ;)

*publish!




SELAMAT HARI POLIS

assalamualaikum dan selamat petang . SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS untuk semua polis di Malaysia! semalam 25/3 hari polis , aku ingatkan 31 . sebab dulu masa aku sekolah , hari polis tu disambut pada 31 haribulan  . aku lupa yang kitaorang sambut tu sebenarnya Hari Kadet . -,-

Polis sedia berkhidmat ,
Kerna negeri dan rakyat,
Hidup berbahagia.
Aman sentosa.

POLIS SEDIA BERKHIDMAT. .

hurm . rindu betul nak berkawad, nak nyanyi lagu ni . walaupun ada sejarah hitam di sebaliknya . haha! gila! LAWOKK DOHH! XD aku akan kenang sampai bila-bila. hanya korang (Budak KP) je yang tahu ok . ;) 
malu berbaur takut sangat2 .  maafkan saya . saya dah insaf dah . setiap kali lagu tu berkumandang aku akan tergelak sendiri dan ikut menyanyi jugak :D

bestt sangat . teringat memori2 masa berkawat dulu . sebenarnya lagu ni ada kawan baik dia . tajuknya 'SANG SAKA BIRU' yang ni pun sangat best!!!! dulu masa mula2 aku masuk kawat , then terus pergi stadium,masa tu lah pertama kali aku dengar kedua-dua buah lagu ni  . hik2 . 

hurm . teringat kat Sarjen Ramlan . dia tu adalah jurulatih semua budak kadet polis seluruh Batu Pahat . semua budak KP yang masuk kawad WAJIB kenal beliau . walaupun beliau nampak GARANG , tetapi beliau sangat baik dan kadang kala kelakar . ^^, beliau sebenarnya baik dan sangat AWESOME! beliau saja tunjuk garang kat budak2 sekolah ni supaya kami berdisiplin . :)

aku ingat lagi masa pergi pertandingan menembak , semua budak2 taknak dengan dia , sebab takut . haha! aku tak dapat dengan beliau , tapi kawan aku niena a.k.a. koperal masa tu yang kena . dia dah takut2 je . nasib baik cik Lan sangat baik . kelakar jugak masa tu niena asyik jerit2 cakap

"Nashaa!! aku tak nampak " 

maksud niena tak nampak is , dia tak nampak benda yang nak di 'shoot' tu . haha! aku tak tahu nak buat apa2 , aku teruskan menembak jelah . peh! PEKAK telinga dengar budak2 sebelah menembak .  haha! that is the best moment sepanjang aku bergelar Skuad Utama Kadet Polis . aku ada jugak berangan-angan nak jadi sarjen . dulu kak mira (ex sarjen masa fm2&3) ada jugak suruh aku try , tapi aku malu . haha! last2 masa hari sukan tahun lepas (2012) niena suruh aku comand (eh! ejanya macam mana ekk? -.-") masa ni la aku lepas gian! memang best . dan alhamdulillah perbarisan kami menang . ohmaii! memang sangat menyeronokkan . :')

oklah sampai sini saja . akhir kata SELAMAT HARI POLIS DAN SELAMAT HARI KADET POLIS! :'D

*ni masa pertandingan kawad kaki statik . tp masa ni pagi . memang best . carik lah aku . haha! :D

*saya dengan sarjen Niena . :)
*aku bersama sarjen Yasmin a.k.a sarjen Kadet Remaja Sekolah . haha! masa ni dia baru habis marah budak2 dia . aku dulik hape? ajak je bergambar .haha! XD *pangkatku hanyalah lans.koperal . :')

*kenangan , penat baru habis bertanding, penat2 pun kami  menang!!! alhamdulillah . :'D

MY AMBITION,MY FUTURE AND MY LIFE

GURU,TEACHER.SHIFAN,ACIRIYARKAL, inilah cita-cita aku selama ni . memang aku akui kerja cikgu ni makin lama makin bertambah susah dan rumit . tapi aku tak kisah . memang niat aku ikhlas nak menjadi seorang pendidik . bukan untuk digelar sebagai 'CIKGU' sepanjang hayat . tetapi aku nak berkongsi ilmu dengan generasi akan datang mengenai ilmu Allah yang serba-serbi meluas sangat2 ni. Allahurabbi . :')

insya-Allah dengan izin Allah S.W.T aku akan terus berjuang walau dengan cara apa sekali pun untuk menjadi GURU . dengan niat ikhlas insya-Allah Allah akan tunaikan . tapi andai tak dapat,mungkin ada hikmahnya . :) 

masa sekolah dulu , tiap kali HARI GURU mesti aku ikut-ikut cikgu nyanyi lagu yang guru tu . ahakss! dari sekolah rendah sampai sekolah menengah . hehekkk . ya Allah , kenapa lah aku obses sangat nak jadi guru ni . :')

ya Allah , mudahkan perjalanan aku untuk menjadi pendidik yang boleh membimbing generasi akan datang untuk lebih berjaya di dunia dan di akhirat . Amin . :)

PERMULAAN KAMI

assalamualaikum . :) seperti yang satu Malaysia dah tau , hari ni keputusan SPM dah keluar.  ramai untuk BATCH95 yang dapat semua A . TAHNIAH kawan-kawan! :D aku? alhamdulillah . rezeki yang Allah bagi ni memang aku tak sangka sama sekali . terima kasih Ya Allah , :')

5A4B1C pun dah cukup untuk aku pada peringkat ini . mungkin bukan rezeki aku untuk memperolehi kesemua A . mungkin rezeki itu lebih layak untuk orang lain . tak apa. :) selepas ni , next stage yang HARUS aku lalui . mana ya? aduh . DILEMA betul! -,-" takpe2 . nanti Allah tunjukkan jugak jalan yang betul untukku . insya-Allah . 

cita-cita untuk menjadi guru atau pendidik memang aku idamkan sejak dari tadika lagi . aku try utk ubah cita-cita aku , tp GURU mesti yang first . aku mula minat jadi guru sejak sekolah tadika . masa tu cikgu RAUZAH cikgu aku . hehe . ingat lagi kenangan masa lalu . cewah2 . masa tu lah aku baru dapat tahu aku ada gastrik . ya Allah . cuma Allah je yang tau sakitnya macam mana . budak umur 6 tahun dah kena . memang lahh . :'( aku tengok cikgu masa tu caring gila . minat semakin mendalam masa aku naik darjah satu . 

*imbas kembali

cikgu Asparina guru kelas aku merangkap guru BM aku . biasakan cikgu2 suka berfesyen kan, lagi2 yang bertudung . aku lagi lah suka . siap aku pernah cakap dengan mama aku macam ni 

"kenapa mama tak jadi cikgu, kalau tak, mama boleh buat tudung macam cikgu Asparina tu"

haha . aku ingat lagi doe!!!

aku rasa jadi cikgu sangat menyeronokkan . tapi sekarang persaingan sangatlah sengit beb! aku hanya mampu berserah kepada Allah aje . :'( sebab DIAlah yang menentukan segala-galanya . aku hanya mampu merancang . tadi sebelum pergi sekolah ambil keputusan SPM , mama ajak belanja di Lai Lek *pasaraya mini* masa balik aku yang drive , mama pun bagi nasihat . 

mama aku cakap 

"sebelum dapat jangan nangis , kalau dapat teruk pun jangan nangis . kalau dapat cemerlang baru boleh menangis . mama tak marah kalau dapat teruk "

masa tu aku sangat terharu . nak nangis je . tapi tahan kan aje . muka kena control Macho beb . hehewww~ ^,^  then , alhamdulillah , dah dapat result , berjejak kasih dengan kawan2 dan terus pergi ke kilang mak aku niaga . kesian mak aku sorang2 jaga . memang tak menang tangan lah . nasib baik aku bawa berita gembira. tersenyum juga mama ku itu . itulah yang aku nakkan membahagiakan ibu bapa aku . aku dah terlalu banyak melakukan  DOSA BESAR terhadap mereka . aku nak tebus kesalahan aku balik . ALHAMDULILLAH . Allah masih beri aku kesempatan dan peluang untuk berubah . 

Allahurabbi . 

kita minta pada Allah . confirm Allah makbulkan cuma tunggu cepat lambat saja . tapi minta tu janganlah yang bukan2 . -,-"

btw aku sangat seronokk . buat insan tersayang Khairul Fahmie Md Nazree . jangan sedih ok . anggaplah ini satu ujian dari Allah . SPM hanya pembuka jalan . perjalanan kita masih jauh sayang , :')

kepada rakan-rakanku yang cemerlang antaranya : Ezza , Zati , Yasmin , Rina , Niena , Fara , Aineena , Ayu , Era , Ain , Dijah , Ishak , Fikri , Lan , Zul , Nani , Kak Long kawasan , dan semua bekas pelajar STMI aku ucapkan tahniah kerana membuatkan cikgu kita berbangga dengan kita. :'D mesti pengetua suka kan? :D adik2 sekalian , tunggu jelah hari Isnin DEPAN dan DEPANnya lagi pengetua bacakan analisis ya! ;P

hmm .. dah la sampai sini saja .. assalamualaikum. :)

bulan baru.hari baru,hati baru,nasha baru.


assalamualaikum dan selamat petang.
.
.
.
hari ini hari Jumaat yang penuh indah. 1 Mac 2013 bersamaan 18 RabiulAkhir. alhamdulillah masih dipanjangkan usiaku,rezekiku,dan segala-galanya. terima kasih ya Allah. 
.
.
.
hari ni genap kami 9 bulan. :) genap juga kawan karibku (yusreen) berumur 17 tahun. *ulin! selamat ulang tahun kelahiran ya! maaf tiada kek untuk kau! XD*
.
.
.
calon SPM 2012 mesti sangat berdebar-debar masa ni. sebab lebih kurang 2 minggu lagi result keluar. aku akui aku takut sangat. aku tak sanggup nak menghampakan kedua ibu bapa aku dan keluarga aku. huurmm~ :'(
Ya Allah, sekiranya kau memberikan aku satu peluang untuk berjaya,aku akan merebut peluang itu. aku tak mungkin akan sia-siakannya lagi ya Allah. berikanlah aku merasai peluang itu. 
.
.
.
aku tahu ya Allah. 
dulu aku banyak membuang masa .
dulu aku jahil!
dulu aku malas!
.
.
.
tapi Kau telah membuka pintu hatiku.
sekiranya Kau memberi peluang itu. aku akan belajar bersungguh-sungguh sampai hasrat dan cita-cita aku untuk menjadi seorang guru atau pensyarah tercapai.
.
.
.
aku ingin menyebarkan ilmuMu yang banyak dan luas itu.
aku ingin anak bangsaku mendalami ilmuMu ya Allah.
.
.
.
bantulah aku ya Allah ya Rahman ya Rahim.
.
.
.
hurm. kalau aku dapat  melanjutkan pelajaran aku di matrikulasi atau institusi perguruan,Insya-Allah aku akan berusaha lebih daripada masa aku SPM dulu. aku nak sangat lihat mama dan ayah aku gembira. aku nak mengubah nasib keluargaku. aku nak memenuhi hasrat keluargaku.
.
.
.
hanya padaMu aku memohon pertolongan Ya Allah. tiada yang lain selainMu.
.
.
.
dan awak. maaf kalau masa dah sambung belajar saya jarang contact. saya dah berjanji pada diri sendiri saya akan berusaha. jika awak tak sabar,cari lain dan kita kawan aje. maaf.
.
.
.
masa belajar nanti ilmu yang dikejar.bukan PAKWE yang dikejar. Allah dah tentukan Jodoh kita. kita tunggu aje. :)
.
.
.
maaf jika saya tak keluar jumpa awak macam pasangan-pasangan lain. bukan tak nak jumpa,tapi perlukah kalau berpacaran sentiasa bersama 24 jam? tidak perlu rasanya. lagi pun kita belum ada ikatan yang sah. jadi saya boleh lagi menolak pelawaan awak. 
.
.
.
JUMPA KAWAN BOLEH,JUMPA SAYA TAK BOLEH?
.
.
.
haha!~ mesti awak nak cakap macam tu kan? saya tahu lah. 
.
.
.
read! 
kalau bercouple dan bersama 24 jam. cuba anda fikirkan bagaimana nanti masa dah nikah?
kalau bercouple dan besama 24 jam. cuba anda bayangkan sampai bila perhubungan dapat dikekalkan masa dah nikah?
.
.
.
suami dah tak nak jalan dengan isteri.
malu katanya.
ISTERI GEMUK!ISTERI TAK BERGAYA! ISTERI TAK SEKSI!
.
.
.
tak pernahkah dia orang terfikir,
ISTERI YANG GEMUK,ISTERI YANG TAK BERGAYA,ISTERI YANG TAK SEKSI 
itulah yang selalu menemanimu masa bercinta dulu.
.
.
.
kalau dulu dialah yang kau sanjung-sanjung
kalau dulu dialah yang kau puja-puja
kalau dulu dialah tempat kau bermanja
kalau dulu dialah wanita yang selalu kau bawa bersama
kalau dulu dialah yang selalu kau berjumpa
.
.
.
tapi
.
.
.
kini dialah yang kau maki-hamun
kini dialah yang kau jadikan kuli
kini dialah yang kau jadikan hamba abdi
kini dialah orang yang kau selalu mungkiri janji
kini dialah orang yang kau tolak tepi
kini dialah wanita yang paling sepi
.
.
.
tak berdosa pun jika tak jumpa pasangan setiap hari. maaf andai kata-kata ini membuatkanmu terasa hati. 
assalamualaikum.
:)

*sabarlah wahai hati*

KAMI BERTEMU! :D

assalamualaikum dan selamat malam yuolss!~ ^,^
.
.
.
alhamdulillah , hari ini aku dan kawan-kawan yang lain dipertemukan lagi di rumah AIN . :) best sangat tadi . walaupun banyak menyepi . the sweet moment pada aku masa sesi photoshoot . haha~ this my febret bebehh~ haha! mengada k mengada. lalalala~
.
.
.
lama dah aku tak jumpa FARA , AIN , JIHA . kalau yang lain tu , aku baru jumpa masa kat rumah ERA masa arwah ayah dia meninggal . :'( sambil baca , mohon sedekahkan al-Fatihah kepada bapa kawan aku ini ya . :')
.
.
.
keriuhan melanda apabila JIHA datang bersama adiknya . adik dia menangis tak sudah . dan sanggup ajak kakak dia balik . semua orang tak tahu apa sebabnya . haha!~ ajib niee . jangan lah nangiss . :D
.
.
.
then , ada satu rahsia yang sangat menggelikan hati kitaorang . *korang! ngek ngok lah tadi tu . haha! HABIS KELAM KABUT GILAA!~* dah nama pun rahsia , so DIAM-DIAM SUDAHH~ hehe..
 
.
.
.
banyak cerita pulakk . jom SNAP-SNAP! XD
.
.
.
*nie jiran aku masa sekolah dulu . haha! Ain . masa ni dia  telah dianak tirikan oleh kami . dia adalah cinderella moden . haha! tengok tetap senyum walaupun telah dianak tirikan . haha!~
.
.
.
*ya!~ merekalah SAHABAT-II ku yang comel2 dan yang CANTIK2
.
.
.
*KAMI*
.
.
.
*kami 'comel' alhamdulillah~ hehe , sy GEMUK PENDEK yang tu pon ALHAMDULILLAH~*
.
.
.
*sahabat selamanya!~*
.
.
.
*aku makin pendekk dan aku masih bersyukur~ ^,^*
.
.
.
*no caption dah*
.
.
.
sebenarnya banyak lagi . tapi tak tahu line agak semput kot malam ni . -,-"
ok lahh dadaa~ :D
 
 


ada tapi tak reti guna .

assalamualaikum dan selamat tengah malam . haih . semenjak dua menjak tiga menjak nie selalu tidur lambat . haha!~ :P nasib baik bangun cepat , kalau tak dah kena SETEPEK dengan mama gua . haha!~ -,-" SAKIT tau tak kalau kena SETEPEK tu . hoho~
.
.
.
by the way . *amboi?* haihh . merujuk kepada tajuk entry di atas . aku ni harap je ada kamera DSLR CANON EOS 1100D lah kononnya~ *gua lupa nama model dia ape -,-" * tapi macam HAREMM je . tak reti nak guna untuk ambil picture yang lawa-lawa . cehh!~ kadang-kadangg ACTION je LEBIH!~ tapi KUALITI gambar macam H>A>R>A>M>!>~ -,-"
.
.
.
HUAA~ bila surf internet , baca-baca konon-kononnya FAHAM *lah sangat , tapi bila nak diAPLIKASIKAN dalam kehidupan seharian , HAMPEH JE .
.
.
.
berbekalkan BUKU MANUAL aku kembali menuntut dengan 'cikgu' ku itu . walaupun hanya senaskah buku . *bernaskah-naskah sebenarnya . haha!~ DIAM! TAK LAWAK!~
.
.
.
btw . aku jugak tengah belajar main GITAR kononnya dan dah hafal kod lagu KOSONG . but , memang susah nak galih dari satu kod ke kod yang lain . kena biasakan diri dulu . :3
.
.
.
selain tu , aku pon ada surf kat you-tube , tetiba ada lagu OST TITANIC , apa tu my heart will go on eh? tah laa~ senang je kod dia . aku dah try dah . dan menjadi . *walaupun sumbang mambang macam hape tah* lantak la . asalkan belajar. haha!~ -..- nak senangkan hati sebenarnya . muehehehehe~
.
.
.
*ni camre mcm aku punya . sama bentuk , sama model . memang sama*
.
.
.
k laa. assalamualaikum~
 

Fotografi Minat ku

assalamualaikum . :) hai2 . hari ni menambah ilmu tentang seni fotografi .
.
.
.
tergerak harini nak belajar tentang DSLR lepas kenal dengan membe fb yang PAKAR dalam bidang ni . ada CHANE aku nak curik ilmu dia . hehe . tak-tak . *kidding lah!~*
.
.
.
aku baru belajar BASIC tentang camre ni . antaranya yang aku dah tahu sikit-sikit adalah:
 
*SHUTTER SPEED
*APERTURE
 
.
.
.
oh! ISO aku masih tak paham-paham lagi . al maklumlah , otak berkarat sikit . hehe~
.
.
.
aku belajar ni untuk tambah ilmu pengetahuan . nanti ada pulak orang cakap
"ada kamera tapi tak reti guna,saja la tu nak show off DSLR dia"
.
.
.
wah! kalau dengar ayat nie memang sangatlah SAKIT! -.-" siaplah kalau orang terdekat aku yang cakap macam tu . tembak kau guna senapang gajah baru tahu .
.
.
.
dah la belajar malam-malam buta . dok test try ambil gambar , shutter button bunyi KUAT pulak tuh . -.-  mudah-mudahan tak ada orang dengar . hehe .
.
.
.
antara MASTER-MASTER yang aku tengah menuntut ilmunya adalah
 
.
.
.
bahasa di blog diorang mudah difahami untuk orang yang BLUR ERR seperti aku . alhamdulillah . ilmu Allah sangatlah luas . :'D
.
.
.
so , kepada sesiapa yang NOOB macam haku nie , jomlah sama-sama kita timba ilmu . ^,^V *peace yop! XD

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*hik hok! budak ajet!~ -,-"
 

Rindunya dekat Sharifah Qalesya Batrisyia

assalamualaikum dan selamat tengah malam .
.
.
.
story-mory kali nie . huaa!~ Batrisyia dah balik! :'( rindunya . walaupun baru semalam balik rumah nenek sebelah abah dia , aku dah ngaruk macam hape .
.
.
.
teringat masa mula-mula dapat cousin dulu . Illy Farrah Maheera . aku nangis sampai demam-demam sebab terlalu rindu . huua~ sebab tu aku tak suka kalau budak kecik lama-lama stay kat rumah aku . nanti kalau dia dah balik rumah mesti rindu sangat-sangat . :'(
.
.
.
GELAK KAMU
.
.
.
SENYUM KAMU
.
.
.
TANGIS KAMU
.
.
.
NAK TUTU! NAK TUTU!
.
.
.
bat . angah rindu . :"(
.
.
.
lily pon angah rindu . ;'(
.
.
.
*i'm gonna miss you sayang!*
.
.
.
*dalily jugak sayang!*
.
.
.
*sweet moment!*
.
.
.
*alahaii! manjanya kamu sayang!*
.
.
.
*alololo!~ kakak merajuk sebab tak dapat ambil gambar guna kamera angah ea?janganlah merajuk comel~ :D*
.
.
.
*alololo!~ omey sangat-sangat princess kecil nie*
.
.
.
*she HOT!she CUTE! she SUPER DUPER COMEL! "angah!peace~ *
.
.
.
*ok . cukuplah . sayang ku batrisyia , jaga diri , jangan nakal-nakal . jaga Dalily ok . muahhh!~ *
 

gambar di FB bahaya?

assalamualaikum dan selamat maa . . pagi . -,-"
.
.
.
berkenaan tajuk di atas . aku dah banyak dah baca , tengok dalam post-post di page-page yang aku LIKE tentang bahayanya letak sembarangan gambar di laman sosial FACEBOOK ni . terutamanya WANITA@PEREMPUAN . :3
.
.
.
girls! takut tak? tak?! memang kau takde perasaan . T____T
.
.
.
banyak yang aku baca dia cakap , kalau terdedah aurat kita , dan lelaki AJNABI tengok . dah DOSA! kalau beribu orang yang like? maksudnya ramai yang tengok . kalau orang tu tengok gambar kita , dan dia tertidur? hah~ aku tak dapat bayangkanlah . :'(
.
.
.
Perempuan , walaupun dah berhijab , tapi persoalannya sempurnakah cara berhijab tu? aku pon renung-renung pada diri sendiri lah kan . SEMPURNAKAH cara aku berhijab? menepati cara Islamkah aku berhijab? . astagfirullah~ :'(
.
.
.
sebab tu sekarang nie aku tengah dalam proses memadam gambar-gambar yang tak sempurna cara penutupan auratnya . Astagfirullahal'azim. :'( meskipun ada yang cakap  , "tak nampak la aurat awk" yup! awk tak perasan kot . tapi sy perasan . saya taknak terima azab pedih Allah . :'( SAKIT!
.
.
.
jadi mohon kepada rakan-rakan yang mybe terupload gambar-gambar aku yang terdedah aurat walaupun sikit , bukan aku je ,kaum hawa maksudnya , cepat-cepat delete .
.
.
.
aku jugak nak kongsikan info nie , masa tu aku online fesbuk , then ternampak sorang Hamba Allah ni LIKE PICTURE . aku pon saja la tengok . rupa-rupanya gambar? Astagfirullahal'azim . :'( sedih aku tengok . gambar tu kat PAGE Pencuri Gambar Gadis . ya Allah . takut betul la . :'( orang ambil kesempatan atas gambar-gambar tu .
.
.
.
so , nasihatnya . sebelum upload gambar tu , perhatikan 2 , 3 kali sempurnakah gambar tersebut . ni pon untuk peringatan aku sendiri . assalamualaikum . :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*dunia adalah perhiasan , dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah*


HAPPY BIRTHDAY UNTUKMU KAWAN.

assalamualaikum dan selamat malam yuolls~
.
.
.
pada 8/2/2013 yang lepas adalah hari ulangtahun kelahiran kawan aku yang ke 81 . haha! BANGKA DAH KAU . ;P tak laa . 18 . poyo je . :P
.
.
.
sempena dengan itu , salah seorang sahabat KEPOH dah text aku awal-awal . nak buat  suprise kononnya . muehehehe~ aku on je .
.
.
.
*pada hari kejadian*
.
.
.
kami bertiga langsung tak text apetah lagi nak WISH dia . takde nya . haha! *KEJAM TAHAP CIPAN* tengah hari tu aku pergi parit raja dengan mama dan maksu . -pergi bank,buka akaun SSPN-
RAMAI GILA! -,-"  jumpa cikgu Haiza dan ternampak sir Teo Yap Ken . dua-dua cikgu sains . *eh? kebetulan pulak*
.
.
.
dah berjanggut tu baru lah siap . dah siap pergi kedai kek VENUS . beli kek . cari-cari . pilih-pilih . dapat jugak . CHOCOLATE SPONGE . RM$$ . DONE!~
.
.
.
next present . wee~ aku belikan budak tu beg tangan . kaler MERAH . muehehehe . mula-mula mak aku suggest 1 beg selempang. memang CANTIK , BERGAYA DAN LAWA . tapi dia punya punat untuk buka tu seakan-akan huruf H . kang aku beli nanti kena PELEMPANG . haha!~
.
.
.
ok , sampai rumah , SAVE kek dalam ice box . kena senyap-senyap nanti MONSTER KID buat main . hehe~ ^,^
.
.
.
then , kiteorang declare pukul 4 . tapi masa tu hujan . dan masa tu lama lagi . so aku lepak-lepak kat dapur makan PECEL *sampai sekarang sakit perut* dan kacau adik aku makan . hehe . nak dipendekkan cerita , zati kamal mesej aku dia cakap on the way . aku pon cepat-cepat siaplah . hehe .
.
.
.
zati dan ezza datang dan letak motor kat rumah aku . nak dijadikan cerita ada ROMBONGAN CHE KIAH lah hujan-hujan tu datang rumah si yasmin nie. haha! dari jauh zati kamal call . hengat kan dia pandang luar . rupanya cari SIGNAL je . -,-" kami pon sampai rumah dia . HAHA!
.
.
.
MENANGIS DIA!
.
.
.
terharu kononnya . *sepak nak sepak?* haha!
.
.
.
#scroll ke bawah untuk gambar-gambar#
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
*us*
 
*us AGAIN! -,-" *
 
* ha! tu diaa~*
 
*eh2!aku tak pasti si ezza nie nak kiss sape, yang penting bukan aku mybe, kalau nak meyh sini! haha!~*
 
*er? -,-" bila tengok gambar ni mula lah bunyi cengkerikk. krikkk~kriikk~*
 
*sambil makan , sambil snap . abaikan ampaian di belakang*
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*thanks sebab sudi meluangkan masa membaca*
 
 
*ganas tak? ganas tak? ;P*

karenah

assalamualaikum dan selamat malam yuolsss!

memalam cenggini , nak update blog . tapi tak tau apa yang nak di update kan . bhahaha! -kelakar ke? -,.-"-tadi seronok stalk fesbuk dan blog membe-membe . baca pon dah tergelak sendiri . nasib baik tak de orang nampak . aiyokk! 
.
.
.
hurm . sejak dua menjak tiga menjak ni si Hanphone buat hal . aiyokk~ -,- mesej tak sampai kat aku . walaupun orang hantar beribu . (nasib lah ye,hehe) tapi tak boleh jugak . kalau ada kecemasan? ACANO TU JANG? V__V
.
.
.
guna handphone 3310 aku ok lagi dari guna lagi 1 nie . tapi takpe Nine . aku tetap sayang kau! sebab kau ada banyak perincian . termasuklah ANROID! i love u Nine! XD (dah ngutuk baru nak i love u bagai)
.
.
.
disebabkan Nine kadang-kadang 'MERENGEK' mesej yang si DIA bagi tak dapat . mula lah fikir macam-macam . hoho! *si otak jahat* eh! mak aku cakap kita kena ada sedikit SYAK WASANGKA dengan orang sekeliling kita . tak semua orang dalam dunia nie JUJUR . :)
.
.
.
tapi
.
.
.
janganlah bersangka buruk terus-terusan . Allah tak suka . Rasul pun tak ada ajar . :')
hurmm 
.
.
.
tadi online fesbuk , hurm . saja la nak cakap kan . aku tak berapa suka laa orang dok update status yang meMERLI orang lain . alahaii . cuba kalau kena kat BATANG HIDUNNG sendiri .. agak-agak sentap tak?     huh! astagfirullah . lagi-lagi kalau membe sendiri . (aku harap sahabat K.E.P.O.H aku tak macam tu )
.
.
.
alahaiiii . 
.
.
.
ermm . dah laa . sampai sini je . 
.
.
.
-tengok jam-
.
.
.
12.33 a.m
.
.
.
kbai. tidur-tidur. Y__Y

*tidur k tidur, assalamualaikum :) *

ZAMAN SEKOLAH ZAMAN KEGEMILANGAN

assalamualaikum . selamat pagi readers .

alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih dilimpahkan nikmat hidup . setelah sekian lama aku mencari blogskin , akhirnya jumpa pon yang satu ni . mungkin pada korang blogskin nie tak lawa . haha . kesah pulak aku kan . nop lahh , XD
.
.
.
aku tak tahu berapa kali aku tukar-tukar . banyak sangat pilihan . semua lawa-lawa (ada jugak yang hamfehh) dah 3 hari(agaknya) aku main tukar-tukar blogskin nie . sampai masa hari sabtu malam , aku tidur pukul 3. hah! elok sangat lah tu . -,-"
.
.
.
kesimpulannya janganlah leka dengan ALAM MAYA nie yer . dan jangan ada sikap tak puas dengan apa yang kita ada . kerana dengan sikap tu laa , kita akan HANCUR. .
.
.
.
oh ya! apa yang aku bebel sebenarnya ni .tadi nak tulis entry yang bertajuk 'ZAMAN SEKOLAH ZAMAN KEGEMILANGAN' tapi banyak pula MUKADIMAHnya . O,o
.
.
.
tadi masa godek-godek lappy nie , ada terjumpa gambar masa sekolah . masa tu ada event sambutan hari KEMERDEKAAN dan RAYA tak silap . sebenarnya masa tu belum raya lagi . masih puasa kot! haha . kelas aku ,5 syafii , ada buat persembahan .
.
.
.
memang awesome gila persembahan tu . persembahan tu ada 2 situasi . ZAMAN MODEN dan ZAMAN DAHULU KALA . yes! aku berada dalam ZAMAN MODEN .
.
.
.
antara watak-watak yang ada dalam tu:
NURUL sebagai OPAH
AKU,EZZA,ZATI,YASMIN,(geng K.E.P.O.H),RADZIE,ZUL sebagai CUCU-CUCU OPAH
NIENA,AINEENA,SAIFUL,ISHAK sebagai PARENTS KITAORANG
DAYAH sebagai OPAH MUDA
NANI,FARAH,SOFIA sebagai ANAK-ANAK OPAH
IJAN sebagai ATOK KITAORANG MASA MUDA
AKIM,IWAN,RINA,JIHA,AINA,YANTI sebagai TENTERA JEPUN
SYAFIQ sebagai KETUA KAMPUNG
HADI a.k.a. MICHEL sebagai POLIS
AMIRULLAH sebagai TUNKU ABDUL RAHMAN
baki yang tidak disebutkan -lupala- sebagai ORANG KAMPUNG .
.
.
.
pembimbing kami adalah cikgu Nashiha,Adila,dan sorang lagi cikgu lelaki . adoii . lupa nama jappp! siapa ekk? -,-" (mybe cikgu tu 'COMEL' sangat sebab tu aku lupa nama dia) ketiga-tiga cikgu nie cikgu pelatih , so ada masa la nak ajar dan bimbing kitaorang .
.
.
.
masa latihan tak sah kalau tak bertengkar . ada je yang tak kena . INI salah ITU salah . sampai ada antara kitaorang menangis sebab tak tahan . (BUKAN K.E.P.O.H)
.
.
.
pada hari persembahan,hari terakhir sebelum HARI RAYA . wah! semua pakai pakaian yang mengikut WATAK . memang umppp lahh! XD
.
.
.
sebelum buat persembahan LEPAK DALAM KELAS ramai-ramai . SNAP PICTURE . wahh! sangat MERIAH DALAM KELAS . hoho! padahal kat TAPAK PERHIMPUNAN , budak-budak lain tengah dengar CERAMAH . terukkan kami . :'/
.
.
.
kami merupakan group pertama buat persembahan . memang tak tahu dapat yang first . citt~ apa lagi bila dengar kelas kitaorang disebut , terCICIT lari . nasib baik BILIK GURU penyelamat kami . haha! so budak-budak tak nampak kami berlari lintang pukang .
.
.
.
haa . masa ni ada sedikit perubahan. masa ni ezza tengah sakit tekak , so  aku kena ganti scene dia . takpelahh . walaupon GUGUPP. pegang mike pon GIGIL . tapi aku cuba yang terbaik . dah selesai buat persembahan tu , bila tanya ramai budak , diorang cakap BEST! hehe . banyak scene-scene tu kitaorang tak ikut skrip sebenar . masa kat atas pentas main BELASAH je . dah macam SUPER SPONTAN pun ada . haha! XD
.
.
.
tapi masa pengetua berucap ada sedikit komen dan teguran . iyelahh  sebagus mana pon kita buat sesuatu tu , mesti ada kekurangan  . antara KOMEN dari pengtua adalah,
 
"lagu raya tu tak sesuai , sebab ni masih dalam bulan puasa,tapi menarik"
.
.
.
ni aku ikut ayat sendiri jee . hehe . tapi macam tu laa gayanya. hehe . XD

-opah masa muda-

-opah masa tua *kacamata memainkan peranan penting ya* haha! -
 
-yes! here we're . lalala~ K.E.P.O.H. datang . K.E.P.O.H.  datang :* -