5A4B1C pun dah cukup untuk aku pada peringkat ini . mungkin bukan rezeki aku untuk memperolehi kesemua A . mungkin rezeki itu lebih layak untuk orang lain . tak apa. :) selepas ni , next stage yang HARUS aku lalui . mana ya? aduh . DILEMA betul! -,-" takpe2 . nanti Allah tunjukkan jugak jalan yang betul untukku . insya-Allah .
cita-cita untuk menjadi guru atau pendidik memang aku idamkan sejak dari tadika lagi . aku try utk ubah cita-cita aku , tp GURU mesti yang first . aku mula minat jadi guru sejak sekolah tadika . masa tu cikgu RAUZAH cikgu aku . hehe . ingat lagi kenangan masa lalu . cewah2 . masa tu lah aku baru dapat tahu aku ada gastrik . ya Allah . cuma Allah je yang tau sakitnya macam mana . budak umur 6 tahun dah kena . memang lahh . :'( aku tengok cikgu masa tu caring gila . minat semakin mendalam masa aku naik darjah satu .
*imbas kembali
cikgu Asparina guru kelas aku merangkap guru BM aku . biasakan cikgu2 suka berfesyen kan, lagi2 yang bertudung . aku lagi lah suka . siap aku pernah cakap dengan mama aku macam ni
"kenapa mama tak jadi cikgu, kalau tak, mama boleh buat tudung macam cikgu Asparina tu"
haha . aku ingat lagi doe!!!
aku rasa jadi cikgu sangat menyeronokkan . tapi sekarang persaingan sangatlah sengit beb! aku hanya mampu berserah kepada Allah aje . :'( sebab DIAlah yang menentukan segala-galanya . aku hanya mampu merancang . tadi sebelum pergi sekolah ambil keputusan SPM , mama ajak belanja di Lai Lek *pasaraya mini* masa balik aku yang drive , mama pun bagi nasihat .
mama aku cakap
"sebelum dapat jangan nangis , kalau dapat teruk pun jangan nangis . kalau dapat cemerlang baru boleh menangis . mama tak marah kalau dapat teruk "
masa tu aku sangat terharu . nak nangis je . tapi tahan kan aje . muka kena control Macho beb . hehewww~ ^,^ then , alhamdulillah , dah dapat result , berjejak kasih dengan kawan2 dan terus pergi ke kilang mak aku niaga . kesian mak aku sorang2 jaga . memang tak menang tangan lah . nasib baik aku bawa berita gembira. tersenyum juga mama ku itu . itulah yang aku nakkan membahagiakan ibu bapa aku . aku dah terlalu banyak melakukan DOSA BESAR terhadap mereka . aku nak tebus kesalahan aku balik . ALHAMDULILLAH . Allah masih beri aku kesempatan dan peluang untuk berubah .
Allahurabbi .
kita minta pada Allah . confirm Allah makbulkan cuma tunggu cepat lambat saja . tapi minta tu janganlah yang bukan2 . -,-"
btw aku sangat seronokk . buat insan tersayang Khairul Fahmie Md Nazree . jangan sedih ok . anggaplah ini satu ujian dari Allah . SPM hanya pembuka jalan . perjalanan kita masih jauh sayang , :')
kepada rakan-rakanku yang cemerlang antaranya : Ezza , Zati , Yasmin , Rina , Niena , Fara , Aineena , Ayu , Era , Ain , Dijah , Ishak , Fikri , Lan , Zul , Nani , Kak Long kawasan , dan semua bekas pelajar STMI aku ucapkan tahniah kerana membuatkan cikgu kita berbangga dengan kita. :'D mesti pengetua suka kan? :D adik2 sekalian , tunggu jelah hari Isnin DEPAN dan DEPANnya lagi pengetua bacakan analisis ya! ;P
hmm .. dah la sampai sini saja .. assalamualaikum. :)