CONTOH SOALAN TEMU DUGA

biasanya orang yang akan ditemu duga tak akan memikirkan sangat 'DITERIMA/TIDAK' . biasanya mereka lebih memikirkan tentang 'SOALAN YANG AKAN DIAJUKAN OLEH PENEMU DUGA' termasuklah aku . di sini aku sertakan beberapa contoh soalan yang telah ku COPY PASTE dari TIPS TEMUDUGA

  1. Cerita sedikit tentang diri anda.
  2. Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
  3. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  4. Apakah  perkara yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  9. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  10. Mengapakah patut kami memilih anda?
  11. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  12. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  13. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  14. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  15. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  16. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  17. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  18. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  19. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  20. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  21. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  22. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  23. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

jangan terlalu overconfident.

Adab dan tingkah laku ketika TEMU DUGA

assalamualaikum dan selamat petang . sejak dua menjak ni para calon lepasan SPM 2012 tengah sibuk mengisi borang permohonan ke IPTA yang mereka nakkan. dan ada antara mereka yang dah dapat. so kenalah interview kan . cakap pasal interview ni,aku sangat-sangatlah FOBIA.  takut,gementar . aku ada mohon ke IPG atau MAKTAB PERGURUAN aku nak sangat masuk situ. tapi ada kalanya aku terfikir tentang interviewnya . phewwww~ :3

 ada dua faktor kenapa aku sangatlah takut dengan interview ni

1) Takut jika disoal dalam BAHASA INGGERIS
2) Takut jika disoal tentang FAKTA . 

aku sedar tentang kelemahan aku ni. tapi aku YAKIN! jika aku minta pada ALLAH S.W.T. untuk permudahkan,insya-Allah,Allah akan memudahkan . :')

di sini aku nak SHARE  ADAB SEMASA INTERVIEW. credit untuk BLOG INI

1. Bila tiba giliran anda untuk ditemuduga, pastikan ketuk pintu terlebih dahulu.

2. Setelah mendapat keizinan, barulah anda masuk ke dalam ruangan temuduga.

3. Beri salam atau ucapan selamat kepada semua panel yang berada di situ.

4. Pastikan anda bersemangat dan usah lokek untuk melemparkan senyuman.

5. Hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan dengan panel yang ada. Pastikan anda berjabat tangan dengan erat.




6. Anda hanya perlu duduk jika disuruh atau dipersilakan duduk oleh panel. Duduk tegak dengan kedudukan tangan mesti berada di bawah siku. Letakkan tangan pada peha.

7. Tunjukkan bahawa anda seorang yang peka dengan mencondongkan badan ke hadapan sedikit.


Dengan mempamerkan adab sopan, sebenarnya ia menunjukkan anda seorang yang menghormati orang lain. Bila anda menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati anda.

SEBELUM DAPAT KERJA vs SELEPAS DAPAT KERJA

assalamualaikum dan selamat pagi . :) hari ni tetiba nak post something yang sebelum-sebelum ni aku tak pernah nak post . -.-

SEBELUM DAPAT KERJA vs SELEPAS DAPAT KERJA

orang zaman sekarang ni,sebelum dapat kerja terSANGATLAH berdisiplin . tapi,  bila kerja yang diidamkan tu dah dalam genggaman, ramai pulak yang buat hal . ish3 . post kali ni aku dapat ilham daripada HOT FM AM CREW . radio paling awesome! :D serius ni . ;)

1)SEBELUM DAPAT KERJA

"Encik,buat apa pagi-pagi datang kat sini? . ofis pun belum buka lagi'
"Eh? belum buka lagi ke?"
"Encik tengoklah jam baru pukul berapa. 6.30 PAGI"

-datang sebelum waktunya. a.k.a terSANGATLAH AWAL-

SELEPAS DAPAT KERJA

"Encik buat apa di sini?"
"Eh? tanya lagi. nak kerjalah"
"Encik ada jam? sekarang dah pukul 6.30 PETANG. ofis pun dah tutup"

-datang LAMBAT a.k.a TAK DATANG KERJA LANGSUNG!-

2)SEBELUM DAPAT KERJA

"Tuan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi dan rajin"
"Betul ni?"
"Betul tuan. Percayalah,saya akan buat kerja 'on-time' , saya tak akan ponteng kerja atau curi tulang"
"Bagus-bagus. saya suka pekerja seperti awak"

-kata2 mu manis bagai gula melaka!- U_U

SELEPAS DAPAT KERJA

"Semann! mana kerja yang saya suruh awak buat tu?. SEMANNN! BANGUNLAHHH!!!
"Eh bos, sorilah bos, tertidur pulak.Bos nak apa?"
"Kau tanya aku nak apa? Kerja yang aku suruh kau siapkan tu mana?"
"Alamak bos! saya belum sempat nak buat lagi." *kelam kabut*

-kata2 mu hanya mimpi,di siang hariiii , janji tidak ditepati. hampeh-

3) SEBELUM DAPAT KERJA

"Kalau saya dapat kerja ni Tuan, setiap pagi saya akan buatkan Tuan secawan kopi"
"Tapi saya tak minum kopi"
"oh yeke? kalau macam tu, Tuan cakap je Tuan nak minum apa. Gerenti saya akan buatkan istimewa buat Tuan"
"Bagus2. memandangkan PA saya bercuti bersalin,saya nak awak jadi PA saya. Awak diterima"

-saja nak RASUAH bos-

SELEPAS DAPAT KERJA

"Minah, hari ni saya nak minum kopi"
"Eh,bukan bos tak suka minum kopi ke?"
"Saya sukalah!terlebih suka."
"Dulu bos kata tak suka. Sekali bos kata tak suka,maka selamanya saya takkan buatkan kopi untuk bos.bos buatlah sendiri!"

-kurang ajo . dulu kata "Tuan cakap je Tuan nak minum apa. Gerenti saya akan buatkan istimewa buat Tuan" sekarang ???? ciss-

4) SEBELUM DAPAT KERJA

-pakaian sopan gila! bertudung,berbaju kurung
-soft spoken
-lemah gemalai 
-senyum memanjang

SELEPAS DAPAT KERJA

-pakaian macam LADY GAGA, tudung ;TERBANG sana sini,baju tak cukup kain. :O
-hard spoken . eh? =.="
-ganas gila! *TAIKO DOE!*
-nak senyum sedekah pun berat macam ada batu bata je kat bibir tu.

*ni bukan semua orang yg terlibat. daripada 100% mungkin hanya 0.000001% yang buat . RAKYAT MALAYSIA kan berdisiplin. JANJI DITEPATI #KATANYA!



HUKUM MENGAMBIL GAMBAR .

assalamualaikum dan selamat pagi . :)

akhir-akhir ni ramai golongan REMAJA khususnya gemar menceburkan diri dalam bidang fotografi selepas berlakunya fenomena DSLR . ada juga antara mereka yang menjadikan kemahiran berfotografi sebagai pekerjaan. tapi sedarkah? dalam kita mencari rezeki,ada kalanya kita terlupa tentang HALAL HARAM sesuatu pekerjaan itu . 

tadi aku ada godek2 'BAPAK GOOGLE' nak cari 'CARA MENGAMBIL GAMBAR PENGANTIN' then tetiba jumpa ini . mari baca. credit to blog PENPATAH . ^^.

ini soal-jawab tentang hukum mengambil gambar tu:


1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografiharus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jikagambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.


2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).


3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.


4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).
Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).
Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”
Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

HAIRUL AZREEN IDRIS a.k.a. CAPTAIN HAIRUL omeyy!

assalamualaikum. :)

hari ni buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku buat post dalam blog tentang ARTIS. astagfirullah . :/ rasa bersalah pun ada nak tulis . bukan apa . aku cuma takut aje . ni hanyalah untuk suka-suka . aku tak nak lah orang cakap

"budak zaman sekarang ikonnya bukan Nabi Muhammad s.a.w tapi artis yang diagung-agungkan" 

tak-tak . Nabi Muhammad tetap ikon aku yang pertama dan terakhir . tiada pengganti . :') Allahumasollia'lasaidinaMuhammad . :) 

ni aku hanya berkongsi sahaja . artis ni ahh! kalau cakap artis macam erghhh!! pulak kan . aku gelar abanglah . eh? -.-" alah pape jela . abang ni semua orang dah kenal sangat . dia ada berlakon dalam cerita SETIA HUJUNG NYAWA sebagai Ikram . ok , perempuan-perempuan jangan menggedik . -.-

ok dah kenal? Hairul Azreen . a.k.a CAPTAIN HAIRUL. #KATANYA! 

-CAPTAIN HAIRUL AZREEN IDRIS-
OMEY dop? haha! ku akui . -comel-muka jambu-aww sweett!

aku akui jugak,aku baru minat dia sekarang . kehkehkeh . masa aku tengok HANTU KAPCAI dulu aku tak perasan pulak dia ada berlakon . jadi adik kepada Zizan . patutlah hensem+comel . hihi . 

dia semakin famous apabila jadi JUARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA YANG PERTAMA .RM 200,000 seyh! tahniah bang! :) dia ada cakap dia nak bawa parents dia pergi umrah . Alhamdulillah . :) 

dia juga 'artis' yang sangat FRIENDLY! dia retweet semua tweet peminat dia . termasuk tweet aku . :'D thanks bro . ;)




oklah sampai sini je . last from me abang Hairul
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
-TABIK HORMAT macam CAPTAIN HAIRUL! ^^, -