Adab dan tingkah laku ketika TEMU DUGA

assalamualaikum dan selamat petang . sejak dua menjak ni para calon lepasan SPM 2012 tengah sibuk mengisi borang permohonan ke IPTA yang mereka nakkan. dan ada antara mereka yang dah dapat. so kenalah interview kan . cakap pasal interview ni,aku sangat-sangatlah FOBIA.  takut,gementar . aku ada mohon ke IPG atau MAKTAB PERGURUAN aku nak sangat masuk situ. tapi ada kalanya aku terfikir tentang interviewnya . phewwww~ :3

 ada dua faktor kenapa aku sangatlah takut dengan interview ni

1) Takut jika disoal dalam BAHASA INGGERIS
2) Takut jika disoal tentang FAKTA . 

aku sedar tentang kelemahan aku ni. tapi aku YAKIN! jika aku minta pada ALLAH S.W.T. untuk permudahkan,insya-Allah,Allah akan memudahkan . :')

di sini aku nak SHARE  ADAB SEMASA INTERVIEW. credit untuk BLOG INI

1. Bila tiba giliran anda untuk ditemuduga, pastikan ketuk pintu terlebih dahulu.

2. Setelah mendapat keizinan, barulah anda masuk ke dalam ruangan temuduga.

3. Beri salam atau ucapan selamat kepada semua panel yang berada di situ.

4. Pastikan anda bersemangat dan usah lokek untuk melemparkan senyuman.

5. Hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan dengan panel yang ada. Pastikan anda berjabat tangan dengan erat.




6. Anda hanya perlu duduk jika disuruh atau dipersilakan duduk oleh panel. Duduk tegak dengan kedudukan tangan mesti berada di bawah siku. Letakkan tangan pada peha.

7. Tunjukkan bahawa anda seorang yang peka dengan mencondongkan badan ke hadapan sedikit.


Dengan mempamerkan adab sopan, sebenarnya ia menunjukkan anda seorang yang menghormati orang lain. Bila anda menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati anda.