ZAMAN SEKOLAH ZAMAN KEGEMILANGAN

assalamualaikum . selamat pagi readers .

alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih dilimpahkan nikmat hidup . setelah sekian lama aku mencari blogskin , akhirnya jumpa pon yang satu ni . mungkin pada korang blogskin nie tak lawa . haha . kesah pulak aku kan . nop lahh , XD
.
.
.
aku tak tahu berapa kali aku tukar-tukar . banyak sangat pilihan . semua lawa-lawa (ada jugak yang hamfehh) dah 3 hari(agaknya) aku main tukar-tukar blogskin nie . sampai masa hari sabtu malam , aku tidur pukul 3. hah! elok sangat lah tu . -,-"
.
.
.
kesimpulannya janganlah leka dengan ALAM MAYA nie yer . dan jangan ada sikap tak puas dengan apa yang kita ada . kerana dengan sikap tu laa , kita akan HANCUR. .
.
.
.
oh ya! apa yang aku bebel sebenarnya ni .tadi nak tulis entry yang bertajuk 'ZAMAN SEKOLAH ZAMAN KEGEMILANGAN' tapi banyak pula MUKADIMAHnya . O,o
.
.
.
tadi masa godek-godek lappy nie , ada terjumpa gambar masa sekolah . masa tu ada event sambutan hari KEMERDEKAAN dan RAYA tak silap . sebenarnya masa tu belum raya lagi . masih puasa kot! haha . kelas aku ,5 syafii , ada buat persembahan .
.
.
.
memang awesome gila persembahan tu . persembahan tu ada 2 situasi . ZAMAN MODEN dan ZAMAN DAHULU KALA . yes! aku berada dalam ZAMAN MODEN .
.
.
.
antara watak-watak yang ada dalam tu:
NURUL sebagai OPAH
AKU,EZZA,ZATI,YASMIN,(geng K.E.P.O.H),RADZIE,ZUL sebagai CUCU-CUCU OPAH
NIENA,AINEENA,SAIFUL,ISHAK sebagai PARENTS KITAORANG
DAYAH sebagai OPAH MUDA
NANI,FARAH,SOFIA sebagai ANAK-ANAK OPAH
IJAN sebagai ATOK KITAORANG MASA MUDA
AKIM,IWAN,RINA,JIHA,AINA,YANTI sebagai TENTERA JEPUN
SYAFIQ sebagai KETUA KAMPUNG
HADI a.k.a. MICHEL sebagai POLIS
AMIRULLAH sebagai TUNKU ABDUL RAHMAN
baki yang tidak disebutkan -lupala- sebagai ORANG KAMPUNG .
.
.
.
pembimbing kami adalah cikgu Nashiha,Adila,dan sorang lagi cikgu lelaki . adoii . lupa nama jappp! siapa ekk? -,-" (mybe cikgu tu 'COMEL' sangat sebab tu aku lupa nama dia) ketiga-tiga cikgu nie cikgu pelatih , so ada masa la nak ajar dan bimbing kitaorang .
.
.
.
masa latihan tak sah kalau tak bertengkar . ada je yang tak kena . INI salah ITU salah . sampai ada antara kitaorang menangis sebab tak tahan . (BUKAN K.E.P.O.H)
.
.
.
pada hari persembahan,hari terakhir sebelum HARI RAYA . wah! semua pakai pakaian yang mengikut WATAK . memang umppp lahh! XD
.
.
.
sebelum buat persembahan LEPAK DALAM KELAS ramai-ramai . SNAP PICTURE . wahh! sangat MERIAH DALAM KELAS . hoho! padahal kat TAPAK PERHIMPUNAN , budak-budak lain tengah dengar CERAMAH . terukkan kami . :'/
.
.
.
kami merupakan group pertama buat persembahan . memang tak tahu dapat yang first . citt~ apa lagi bila dengar kelas kitaorang disebut , terCICIT lari . nasib baik BILIK GURU penyelamat kami . haha! so budak-budak tak nampak kami berlari lintang pukang .
.
.
.
haa . masa ni ada sedikit perubahan. masa ni ezza tengah sakit tekak , so  aku kena ganti scene dia . takpelahh . walaupon GUGUPP. pegang mike pon GIGIL . tapi aku cuba yang terbaik . dah selesai buat persembahan tu , bila tanya ramai budak , diorang cakap BEST! hehe . banyak scene-scene tu kitaorang tak ikut skrip sebenar . masa kat atas pentas main BELASAH je . dah macam SUPER SPONTAN pun ada . haha! XD
.
.
.
tapi masa pengetua berucap ada sedikit komen dan teguran . iyelahh  sebagus mana pon kita buat sesuatu tu , mesti ada kekurangan  . antara KOMEN dari pengtua adalah,
 
"lagu raya tu tak sesuai , sebab ni masih dalam bulan puasa,tapi menarik"
.
.
.
ni aku ikut ayat sendiri jee . hehe . tapi macam tu laa gayanya. hehe . XD

-opah masa muda-

-opah masa tua *kacamata memainkan peranan penting ya* haha! -
 
-yes! here we're . lalala~ K.E.P.O.H. datang . K.E.P.O.H.  datang :* -