SEBELUM DAPAT KERJA vs SELEPAS DAPAT KERJA

assalamualaikum dan selamat pagi . :) hari ni tetiba nak post something yang sebelum-sebelum ni aku tak pernah nak post . -.-

SEBELUM DAPAT KERJA vs SELEPAS DAPAT KERJA

orang zaman sekarang ni,sebelum dapat kerja terSANGATLAH berdisiplin . tapi,  bila kerja yang diidamkan tu dah dalam genggaman, ramai pulak yang buat hal . ish3 . post kali ni aku dapat ilham daripada HOT FM AM CREW . radio paling awesome! :D serius ni . ;)

1)SEBELUM DAPAT KERJA

"Encik,buat apa pagi-pagi datang kat sini? . ofis pun belum buka lagi'
"Eh? belum buka lagi ke?"
"Encik tengoklah jam baru pukul berapa. 6.30 PAGI"

-datang sebelum waktunya. a.k.a terSANGATLAH AWAL-

SELEPAS DAPAT KERJA

"Encik buat apa di sini?"
"Eh? tanya lagi. nak kerjalah"
"Encik ada jam? sekarang dah pukul 6.30 PETANG. ofis pun dah tutup"

-datang LAMBAT a.k.a TAK DATANG KERJA LANGSUNG!-

2)SEBELUM DAPAT KERJA

"Tuan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi dan rajin"
"Betul ni?"
"Betul tuan. Percayalah,saya akan buat kerja 'on-time' , saya tak akan ponteng kerja atau curi tulang"
"Bagus-bagus. saya suka pekerja seperti awak"

-kata2 mu manis bagai gula melaka!- U_U

SELEPAS DAPAT KERJA

"Semann! mana kerja yang saya suruh awak buat tu?. SEMANNN! BANGUNLAHHH!!!
"Eh bos, sorilah bos, tertidur pulak.Bos nak apa?"
"Kau tanya aku nak apa? Kerja yang aku suruh kau siapkan tu mana?"
"Alamak bos! saya belum sempat nak buat lagi." *kelam kabut*

-kata2 mu hanya mimpi,di siang hariiii , janji tidak ditepati. hampeh-

3) SEBELUM DAPAT KERJA

"Kalau saya dapat kerja ni Tuan, setiap pagi saya akan buatkan Tuan secawan kopi"
"Tapi saya tak minum kopi"
"oh yeke? kalau macam tu, Tuan cakap je Tuan nak minum apa. Gerenti saya akan buatkan istimewa buat Tuan"
"Bagus2. memandangkan PA saya bercuti bersalin,saya nak awak jadi PA saya. Awak diterima"

-saja nak RASUAH bos-

SELEPAS DAPAT KERJA

"Minah, hari ni saya nak minum kopi"
"Eh,bukan bos tak suka minum kopi ke?"
"Saya sukalah!terlebih suka."
"Dulu bos kata tak suka. Sekali bos kata tak suka,maka selamanya saya takkan buatkan kopi untuk bos.bos buatlah sendiri!"

-kurang ajo . dulu kata "Tuan cakap je Tuan nak minum apa. Gerenti saya akan buatkan istimewa buat Tuan" sekarang ???? ciss-

4) SEBELUM DAPAT KERJA

-pakaian sopan gila! bertudung,berbaju kurung
-soft spoken
-lemah gemalai 
-senyum memanjang

SELEPAS DAPAT KERJA

-pakaian macam LADY GAGA, tudung ;TERBANG sana sini,baju tak cukup kain. :O
-hard spoken . eh? =.="
-ganas gila! *TAIKO DOE!*
-nak senyum sedekah pun berat macam ada batu bata je kat bibir tu.

*ni bukan semua orang yg terlibat. daripada 100% mungkin hanya 0.000001% yang buat . RAKYAT MALAYSIA kan berdisiplin. JANJI DITEPATI #KATANYA!