DOODLE KE DODOL EK? hehe

assalamualaikum dan selamat petang. haii haii! . selesai melukis doodle . aku tak pasti sama ada ni doodle ke dodol kelapa . hak hak . -.- tak lawok punss . mungkin tak cantik . eh , standard la dengan newbie a.k.a noob (KATANYA!)


jum scroollllll sattttt . ;)

-ni aku baru je buat tadi . ha , ok lah daripada tak de . -.-"



-yang ni dah lame jugak aku buat . masa mula-mula dulu . tak lawa ye dah . T__T -


ade lagi tapi tak kaler lagi . nanti dah siap kaler aku upload ler. ;)

*publish!




SELAMAT HARI POLIS

assalamualaikum dan selamat petang . SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS untuk semua polis di Malaysia! semalam 25/3 hari polis , aku ingatkan 31 . sebab dulu masa aku sekolah , hari polis tu disambut pada 31 haribulan  . aku lupa yang kitaorang sambut tu sebenarnya Hari Kadet . -,-

Polis sedia berkhidmat ,
Kerna negeri dan rakyat,
Hidup berbahagia.
Aman sentosa.

POLIS SEDIA BERKHIDMAT. .

hurm . rindu betul nak berkawad, nak nyanyi lagu ni . walaupun ada sejarah hitam di sebaliknya . haha! gila! LAWOKK DOHH! XD aku akan kenang sampai bila-bila. hanya korang (Budak KP) je yang tahu ok . ;) 
malu berbaur takut sangat2 .  maafkan saya . saya dah insaf dah . setiap kali lagu tu berkumandang aku akan tergelak sendiri dan ikut menyanyi jugak :D

bestt sangat . teringat memori2 masa berkawat dulu . sebenarnya lagu ni ada kawan baik dia . tajuknya 'SANG SAKA BIRU' yang ni pun sangat best!!!! dulu masa mula2 aku masuk kawat , then terus pergi stadium,masa tu lah pertama kali aku dengar kedua-dua buah lagu ni  . hik2 . 

hurm . teringat kat Sarjen Ramlan . dia tu adalah jurulatih semua budak kadet polis seluruh Batu Pahat . semua budak KP yang masuk kawad WAJIB kenal beliau . walaupun beliau nampak GARANG , tetapi beliau sangat baik dan kadang kala kelakar . ^^, beliau sebenarnya baik dan sangat AWESOME! beliau saja tunjuk garang kat budak2 sekolah ni supaya kami berdisiplin . :)

aku ingat lagi masa pergi pertandingan menembak , semua budak2 taknak dengan dia , sebab takut . haha! aku tak dapat dengan beliau , tapi kawan aku niena a.k.a. koperal masa tu yang kena . dia dah takut2 je . nasib baik cik Lan sangat baik . kelakar jugak masa tu niena asyik jerit2 cakap

"Nashaa!! aku tak nampak " 

maksud niena tak nampak is , dia tak nampak benda yang nak di 'shoot' tu . haha! aku tak tahu nak buat apa2 , aku teruskan menembak jelah . peh! PEKAK telinga dengar budak2 sebelah menembak .  haha! that is the best moment sepanjang aku bergelar Skuad Utama Kadet Polis . aku ada jugak berangan-angan nak jadi sarjen . dulu kak mira (ex sarjen masa fm2&3) ada jugak suruh aku try , tapi aku malu . haha! last2 masa hari sukan tahun lepas (2012) niena suruh aku comand (eh! ejanya macam mana ekk? -.-") masa ni la aku lepas gian! memang best . dan alhamdulillah perbarisan kami menang . ohmaii! memang sangat menyeronokkan . :')

oklah sampai sini saja . akhir kata SELAMAT HARI POLIS DAN SELAMAT HARI KADET POLIS! :'D

*ni masa pertandingan kawad kaki statik . tp masa ni pagi . memang best . carik lah aku . haha! :D

*saya dengan sarjen Niena . :)
*aku bersama sarjen Yasmin a.k.a sarjen Kadet Remaja Sekolah . haha! masa ni dia baru habis marah budak2 dia . aku dulik hape? ajak je bergambar .haha! XD *pangkatku hanyalah lans.koperal . :')

*kenangan , penat baru habis bertanding, penat2 pun kami  menang!!! alhamdulillah . :'D

MY AMBITION,MY FUTURE AND MY LIFE

GURU,TEACHER.SHIFAN,ACIRIYARKAL, inilah cita-cita aku selama ni . memang aku akui kerja cikgu ni makin lama makin bertambah susah dan rumit . tapi aku tak kisah . memang niat aku ikhlas nak menjadi seorang pendidik . bukan untuk digelar sebagai 'CIKGU' sepanjang hayat . tetapi aku nak berkongsi ilmu dengan generasi akan datang mengenai ilmu Allah yang serba-serbi meluas sangat2 ni. Allahurabbi . :')

insya-Allah dengan izin Allah S.W.T aku akan terus berjuang walau dengan cara apa sekali pun untuk menjadi GURU . dengan niat ikhlas insya-Allah Allah akan tunaikan . tapi andai tak dapat,mungkin ada hikmahnya . :) 

masa sekolah dulu , tiap kali HARI GURU mesti aku ikut-ikut cikgu nyanyi lagu yang guru tu . ahakss! dari sekolah rendah sampai sekolah menengah . hehekkk . ya Allah , kenapa lah aku obses sangat nak jadi guru ni . :')

ya Allah , mudahkan perjalanan aku untuk menjadi pendidik yang boleh membimbing generasi akan datang untuk lebih berjaya di dunia dan di akhirat . Amin . :)

PERMULAAN KAMI

assalamualaikum . :) seperti yang satu Malaysia dah tau , hari ni keputusan SPM dah keluar.  ramai untuk BATCH95 yang dapat semua A . TAHNIAH kawan-kawan! :D aku? alhamdulillah . rezeki yang Allah bagi ni memang aku tak sangka sama sekali . terima kasih Ya Allah , :')

5A4B1C pun dah cukup untuk aku pada peringkat ini . mungkin bukan rezeki aku untuk memperolehi kesemua A . mungkin rezeki itu lebih layak untuk orang lain . tak apa. :) selepas ni , next stage yang HARUS aku lalui . mana ya? aduh . DILEMA betul! -,-" takpe2 . nanti Allah tunjukkan jugak jalan yang betul untukku . insya-Allah . 

cita-cita untuk menjadi guru atau pendidik memang aku idamkan sejak dari tadika lagi . aku try utk ubah cita-cita aku , tp GURU mesti yang first . aku mula minat jadi guru sejak sekolah tadika . masa tu cikgu RAUZAH cikgu aku . hehe . ingat lagi kenangan masa lalu . cewah2 . masa tu lah aku baru dapat tahu aku ada gastrik . ya Allah . cuma Allah je yang tau sakitnya macam mana . budak umur 6 tahun dah kena . memang lahh . :'( aku tengok cikgu masa tu caring gila . minat semakin mendalam masa aku naik darjah satu . 

*imbas kembali

cikgu Asparina guru kelas aku merangkap guru BM aku . biasakan cikgu2 suka berfesyen kan, lagi2 yang bertudung . aku lagi lah suka . siap aku pernah cakap dengan mama aku macam ni 

"kenapa mama tak jadi cikgu, kalau tak, mama boleh buat tudung macam cikgu Asparina tu"

haha . aku ingat lagi doe!!!

aku rasa jadi cikgu sangat menyeronokkan . tapi sekarang persaingan sangatlah sengit beb! aku hanya mampu berserah kepada Allah aje . :'( sebab DIAlah yang menentukan segala-galanya . aku hanya mampu merancang . tadi sebelum pergi sekolah ambil keputusan SPM , mama ajak belanja di Lai Lek *pasaraya mini* masa balik aku yang drive , mama pun bagi nasihat . 

mama aku cakap 

"sebelum dapat jangan nangis , kalau dapat teruk pun jangan nangis . kalau dapat cemerlang baru boleh menangis . mama tak marah kalau dapat teruk "

masa tu aku sangat terharu . nak nangis je . tapi tahan kan aje . muka kena control Macho beb . hehewww~ ^,^  then , alhamdulillah , dah dapat result , berjejak kasih dengan kawan2 dan terus pergi ke kilang mak aku niaga . kesian mak aku sorang2 jaga . memang tak menang tangan lah . nasib baik aku bawa berita gembira. tersenyum juga mama ku itu . itulah yang aku nakkan membahagiakan ibu bapa aku . aku dah terlalu banyak melakukan  DOSA BESAR terhadap mereka . aku nak tebus kesalahan aku balik . ALHAMDULILLAH . Allah masih beri aku kesempatan dan peluang untuk berubah . 

Allahurabbi . 

kita minta pada Allah . confirm Allah makbulkan cuma tunggu cepat lambat saja . tapi minta tu janganlah yang bukan2 . -,-"

btw aku sangat seronokk . buat insan tersayang Khairul Fahmie Md Nazree . jangan sedih ok . anggaplah ini satu ujian dari Allah . SPM hanya pembuka jalan . perjalanan kita masih jauh sayang , :')

kepada rakan-rakanku yang cemerlang antaranya : Ezza , Zati , Yasmin , Rina , Niena , Fara , Aineena , Ayu , Era , Ain , Dijah , Ishak , Fikri , Lan , Zul , Nani , Kak Long kawasan , dan semua bekas pelajar STMI aku ucapkan tahniah kerana membuatkan cikgu kita berbangga dengan kita. :'D mesti pengetua suka kan? :D adik2 sekalian , tunggu jelah hari Isnin DEPAN dan DEPANnya lagi pengetua bacakan analisis ya! ;P

hmm .. dah la sampai sini saja .. assalamualaikum. :)

bulan baru.hari baru,hati baru,nasha baru.


assalamualaikum dan selamat petang.
.
.
.
hari ini hari Jumaat yang penuh indah. 1 Mac 2013 bersamaan 18 RabiulAkhir. alhamdulillah masih dipanjangkan usiaku,rezekiku,dan segala-galanya. terima kasih ya Allah. 
.
.
.
hari ni genap kami 9 bulan. :) genap juga kawan karibku (yusreen) berumur 17 tahun. *ulin! selamat ulang tahun kelahiran ya! maaf tiada kek untuk kau! XD*
.
.
.
calon SPM 2012 mesti sangat berdebar-debar masa ni. sebab lebih kurang 2 minggu lagi result keluar. aku akui aku takut sangat. aku tak sanggup nak menghampakan kedua ibu bapa aku dan keluarga aku. huurmm~ :'(
Ya Allah, sekiranya kau memberikan aku satu peluang untuk berjaya,aku akan merebut peluang itu. aku tak mungkin akan sia-siakannya lagi ya Allah. berikanlah aku merasai peluang itu. 
.
.
.
aku tahu ya Allah. 
dulu aku banyak membuang masa .
dulu aku jahil!
dulu aku malas!
.
.
.
tapi Kau telah membuka pintu hatiku.
sekiranya Kau memberi peluang itu. aku akan belajar bersungguh-sungguh sampai hasrat dan cita-cita aku untuk menjadi seorang guru atau pensyarah tercapai.
.
.
.
aku ingin menyebarkan ilmuMu yang banyak dan luas itu.
aku ingin anak bangsaku mendalami ilmuMu ya Allah.
.
.
.
bantulah aku ya Allah ya Rahman ya Rahim.
.
.
.
hurm. kalau aku dapat  melanjutkan pelajaran aku di matrikulasi atau institusi perguruan,Insya-Allah aku akan berusaha lebih daripada masa aku SPM dulu. aku nak sangat lihat mama dan ayah aku gembira. aku nak mengubah nasib keluargaku. aku nak memenuhi hasrat keluargaku.
.
.
.
hanya padaMu aku memohon pertolongan Ya Allah. tiada yang lain selainMu.
.
.
.
dan awak. maaf kalau masa dah sambung belajar saya jarang contact. saya dah berjanji pada diri sendiri saya akan berusaha. jika awak tak sabar,cari lain dan kita kawan aje. maaf.
.
.
.
masa belajar nanti ilmu yang dikejar.bukan PAKWE yang dikejar. Allah dah tentukan Jodoh kita. kita tunggu aje. :)
.
.
.
maaf jika saya tak keluar jumpa awak macam pasangan-pasangan lain. bukan tak nak jumpa,tapi perlukah kalau berpacaran sentiasa bersama 24 jam? tidak perlu rasanya. lagi pun kita belum ada ikatan yang sah. jadi saya boleh lagi menolak pelawaan awak. 
.
.
.
JUMPA KAWAN BOLEH,JUMPA SAYA TAK BOLEH?
.
.
.
haha!~ mesti awak nak cakap macam tu kan? saya tahu lah. 
.
.
.
read! 
kalau bercouple dan bersama 24 jam. cuba anda fikirkan bagaimana nanti masa dah nikah?
kalau bercouple dan besama 24 jam. cuba anda bayangkan sampai bila perhubungan dapat dikekalkan masa dah nikah?
.
.
.
suami dah tak nak jalan dengan isteri.
malu katanya.
ISTERI GEMUK!ISTERI TAK BERGAYA! ISTERI TAK SEKSI!
.
.
.
tak pernahkah dia orang terfikir,
ISTERI YANG GEMUK,ISTERI YANG TAK BERGAYA,ISTERI YANG TAK SEKSI 
itulah yang selalu menemanimu masa bercinta dulu.
.
.
.
kalau dulu dialah yang kau sanjung-sanjung
kalau dulu dialah yang kau puja-puja
kalau dulu dialah tempat kau bermanja
kalau dulu dialah wanita yang selalu kau bawa bersama
kalau dulu dialah yang selalu kau berjumpa
.
.
.
tapi
.
.
.
kini dialah yang kau maki-hamun
kini dialah yang kau jadikan kuli
kini dialah yang kau jadikan hamba abdi
kini dialah orang yang kau selalu mungkiri janji
kini dialah orang yang kau tolak tepi
kini dialah wanita yang paling sepi
.
.
.
tak berdosa pun jika tak jumpa pasangan setiap hari. maaf andai kata-kata ini membuatkanmu terasa hati. 
assalamualaikum.
:)

*sabarlah wahai hati*